PENDAHULUAN
Keistimewaan Sirah Nabi s.a.w. siri 1
Sirah Nabi s.a.w. mempunyai pelbagai keistimewaan yang menjadikan pengajiannya satu kepuasan roh, akal dan nilai sejarah. Pengajian ini juga menjadi kemestian ulama, pendakwah kepada Allah dan pengislah sosial. Pengajian ini menjamin mereka mampu menyampaikan Syariah kepada orang ramai dengan pendekatan yang menarik. Ini membuatkan orang ramai melihat Syariah umpama Khalifah Muktasim; tempat berlindung ketika berlaku kacau bilau dan huru hara. Pengajian ini juga akan membuka hati dan jiwa manusia untuk menerima pendakwah. Dengan itu, pengislahan yang diseru oleh para
pengislah lebih menghampiri kejayaan dan lebih menepati sasaran. Kami ringkaskan keistimewaan Sirah Nabi s.a.w. yang paling menonjol dalam perbincangan berikut:
Pertama: Sirah Nabi s.a.w. istimewa lantaran ia merupakan sirah yang menceritakan sejarah nabi utusan Allah ataupun sejarah keagungan seorang tokoh islah yang paling sahih. Sirah Rasulullah s.a,w. telah kita terima melalui susur galur ilmiah yang paling tepat dan paling pasti (Kita akan rnelihatnya ketika membincangkan sumber rujukan Sirah). Susur galur ilmiah ini tidak memberi ruang untuk kita meragui kebenaran peristiwa besar dan penting yang berlaku. Ia juga memudahkan kita mengesan peristiwa dan mukjizat yang ditokok tambah oleh akal yang jahil dan gemar menambahkan sifat-sifat mengkagumkan kepada Rasulullah s.a.w. pada zaman-zaman terkemudian melebihi apa yang dikehendaki Allah dan Rasul-Nya. Dia menyangka tokok tambah ini boleh menunjukkan kemuliaan kedudukan, kesucian risalah dan keagungan perjalanan hidup Baginda.
Keistimewaan sirah yang sahih lagi tiada sebarang keraguan ini, tidak terdapat dalam mana-mana sirah rasul-rasul Allah terdahulu. Sirah Musa a.s. yang ada pada hari ini telah bercampur aduk antara peristiwa-peristiwanya yang sahih dengan pemalsuan dan pindaan yang dimasukkan oleh Yahudi. Kita tidak dapat merujuk kepada Taurat yang ada kini untuk memahami sirah Musa a.s. yang sebenar. Ramai pengkritik Barat meragui kandungan sesetengah safarnya (surah-surah dalam Taurat). Sebahagian mereka memutuskan secara pasti bahawa sesetengah safar itu tidak ditulis pada masa Musa a.s. hidup atau sebaik sahaja selepas kematiannya. la hanya ditulis setelah berlalu tempoh masa yang lama tanpa diketahui siapakah penulisnya. Fakta ini sahaja sudah cukup menyebabkan kesahihan sirah Musa a.s. yang terdapat di dalam Taurat diragui. Justeru itu, orang Islam tidak dapat beriman dengan kesahihan sirahnya melainkan apa yang dinyatakan dalam al-Quran al-Karim dan Sunnah Nabawiyyah yang sahih.Pertikaian yang sama juga diperkatakan terhadap sirah Isa a.s.. Injil-injil yang diiktiraf secara rasmi oleh gereja-gereja Kristian hanya diperakui selepas beratus-ratus tahun kematian al-Masih. Tanpa sebarang kewajaran ilmiah, Injil- injil ini dipilih daripada ratusan Injil yang tersebar luas di tangan penganut Kristian ketika itu. Apatah lagi, hubung kait Injil-injil ini dengan penulisnya tidak disahkan melalui susur galur ilmiah yang memuaskan hati. la tidak diriwayatkan dengan sanad yang bersambung hingga kepada penulisnya. Para pengkritik Barat juga berselisih mengenai sesetengah nama penulis tersebut, siapakah mereka? Pada zaman manakah mereka hidup?Jika keraguan ini timbul terhadap sirah rasul-rasul selaku tokoh agama yang tersebar luas di dunia, keraguan yang lebih kuat berlaku terhadap sirah tokoh-tokoh agama dan ahli falsafah lain yang bilangan pengikutnya di dunia mencapai ratusan juta orang. Contohnya, Buddha dan Confucious. Kisah hidup mereka hanya berlegar di kalangan pengikut mereka sahaja. Ia tidak mempunyai asal-usul yang diperakui daripada kaca mata kajian ilmiah. la hanyalah diambil secara tergesa-gesa oleh para sami sesama mereka. Setiap generasi menokok tambah riwayat generasi sebelumnya. Mereka menambah riwayat-riwayat berunsur lagenda dan khurafat yang tidak dapat dipercayai oleh akal yang cerdas dan bebas daripada
ketaksuban kepada agama-agama itu.Oleh itu, kita dapati sirah yang paling sahih dan paling diterima pakai secara mutawatir ialah sirah Muhammad, Rasulullah s.a.w.
kkqmakdis: sn:01/2010
Ustaz Asri bin Muda
SMK Air Tawar
Keistimewaan Nabi Muhammad : Siri 2
Kedua: Kehidupan Rasulullah s.a.w. pada setiap peringkat hidupnya amat jelas; sejak perkahwinan bapa Baginda, Abdullah dengan ibu Baginda, Aminah sehingga Baginda s.a.w. wafat. Kita mengetahui banyak perkara tentang kelahiran, zaman kanak-kanak, zaman remaja, sumber pencarian Baginda sebelum kenabian dan pengembaraan-pengembaraannya ke luar Makkah sehinggalah Allah rnengutuskannya sebagai Rasul yang mulia. Kita juga
mengetahui secara lebih detil, jelas dan sempurna setiap hal ehwal Baginda selepas perutusan tersebut daripada setahun ke setahun. Ini menjadikan sirah Baginda s.a.w. jelas dan terang seumpama matahari. Sebagaimana kata sesetengah pengkritik Barat: Muhammad s.a.w. satu-satunya tokoh yang lahir di bawah sinaran matahari.Selain daripada itu,di dalam hadis-hadis rasulullah diceritakan secara detil kehidupan peribadi Rasul kita seperti makan, bangun, duduk, pakaian, rupa bentuk, gaya,percakapan, interaksi dengan keluarga, ibadat, solat dan pergaulan Baginda dengan para sahabatnya. Bahkan pendetilan dalam meriwayat sirah Baginda hingga ke tahap mereka menyatakan kepada kita bilangan uban di kepala dan janggut Baginda s.a.w..
kkqmakdis sn:01/2010
mengetahui secara lebih detil, jelas dan sempurna setiap hal ehwal Baginda selepas perutusan tersebut daripada setahun ke setahun. Ini menjadikan sirah Baginda s.a.w. jelas dan terang seumpama matahari. Sebagaimana kata sesetengah pengkritik Barat: Muhammad s.a.w. satu-satunya tokoh yang lahir di bawah sinaran matahari.Selain daripada itu,di dalam hadis-hadis rasulullah diceritakan secara detil kehidupan peribadi Rasul kita seperti makan, bangun, duduk, pakaian, rupa bentuk, gaya,percakapan, interaksi dengan keluarga, ibadat, solat dan pergaulan Baginda dengan para sahabatnya. Bahkan pendetilan dalam meriwayat sirah Baginda hingga ke tahap mereka menyatakan kepada kita bilangan uban di kepala dan janggut Baginda s.a.w..
kkqmakdis sn:01/2010
Ust.Asri bin Muda
SMK Air Tawar
No comments:
Post a Comment