Wednesday, March 31, 2010

Aktiviti Mtq Daerah 2010..31/03/2010





























Smk Air Tawar telah memenangi

Emas dalam Tulisan Khat Perempuan
Gangsa dalam berzanji perempuan





















Saturday, March 6, 2010

Tazkirah Maulidur Rasul -1

Maulidur Rasul

Di susun oleh : Ustaz Asri bin Muda

Mari kita bercerita tentang Nabi kita,Iaitu Rasulullah SAW, penyelamat manusia dunia akhirat,
Walaupun sebelum ini kita telah menceritakan banyak kali tentangnya,Mungkin kita ceritakan disudut-sudut lain yang belum diceritakan lagi,Kalau pun diceritakan lagi banyak kali tidak mengapa,Supaya yang lupa diingat kembali,Bertambah ingat lagi,Nabi Muhammad SAW orang luar biasa yang tidak ada taranya,Sebelum dan sesudahnya dikalangan manusia,Sekalipun dikalangan para rasul dan para nabi yang telah diberita,Dia adalah rohnya malaikat dan tubuhnya manusia,Orang paling cerdik dan paling bersih rohnya,Dikalangan manusia sebelum dan sesudahnya,Maka dia diberi julukan oleh Tuhan ‘fathonah’,Bahkan yang paling ‘Fathonah’ dikalangan rasul-Nya,Ilmunya bukan didapati dari aqalnya,Walaupun dia orang yang paling tajam aqalnya,Dia mendapat ilmu dijatuhkan Tuhan didalam hatinya,Wahyu namanya, dia belajar langsung dari Tuhannya,Kerana inilah dia tidak perlu menulisDan membaca seperti manusia biasa,Kerana itulah ilmunya tidak dilupa sepanjang masa,Kalau dari aqal mungkin dilupakannya,Ilmunya menceritakan dunia dan akhirat,Tawakalnya luarbiasa,Sebab itulah dimalamnya makanan tidak disimpan untuk esok harinyaDan diberikan kepada manusia yang memerlukannyaKerana dia yakin, kalau esoknya dia hidupTuhan merezekikannya,Dia tidak membunuh orang,Walaupun disetengah-setengah waktu dia boleh membunuhnya,Tapi dia tidak membunuhnya,Dia mengambil jalan yang utama,Iaitu memaafkannya,Kerana itu orang itu Islam ditangannya,Beraninya luarbiasa tiada tandingannya,Dia sanggup lalu dihadapan musuhnya seorang diri,Musuhnya tidak mengapa-apakannya bahkan terpinga-pinga,Kasih sayangnya sangat ketara,Terutama kepada fakir miskin, anak-anak yatim dan janda-janda,Orang yang bersalah dimaafkannya,Sekalipun orang itu tidak memintanya,Pernah hamba sahaya hendak dihukum oleh tuannya,Dia membuka bajunya untuk disebat,Pengganti hamba sahaya, tuan hamba sahaya itu malu dibuatnya,Lalu dimerdekakannya,Pernah Rasulullah SAW membeli hamba sahaya kemudian dimerdekakannya,Pemurahnya tidak ada taranya,Macam angin kencang lajunya,Tiada siapa yang boleh menandinginya,Dan tidak pernah menghampakan orang yang meminta,Sekalipun dia terpaksa berhutang buat sementara,Kalau ada orang mengata dan menghinanya,Dia diam sahaja, tidak menjawabnya,Gembiranya tidak ketawa, hanya senyum sahaja,Cuma ketaranya pada mukanya,Bahkan tidak pernah menghina orang atau mengata aibnya,Sekalipun musuhnya,Rasulullah makannya sedikit sekadar mengalas perutnyaDia tidak pernah makan seorang, sekalipun lapar,Paling tidak, dia makan berdua,Tapi kalau dia tidak suka setengah jenis makanan itu,Dia tidak pula mencercanya,Kalau dia marah dengan orang, disembunyikan marahnyaSehingga orang tidak tahu marahnya,Dia tidak pernah melahirkan jijik kepada manusia,Sebab itu dia sanggup makan dengan orangberkudis-kudis badannya,Sabarnya luarbiasa,Tentang ujian yang Tuhan timpakan kepadanyaberbagai-bagai bentuknya,Dia redha,Lantaran itu Tuhan beri dia gelaran ‘Ulul Azmi’Yang tiada bandingannya,Bahkan dia ketua ‘Ulul Azmi’, dikalangan rasul-rasul,Ditangannya lahirlah murid-murid yang luarbiasa,Diberi gelaran sahabat namanya,Ratusan ribu banyaknya, lebih seratus ribu bilangannya,Ini tidak pernah berlaku dikalangan rasul-rasulsebelumnya,Semua sahabat-sahabatnya masuk syurga,Kerana dosa-dosa mereka diampunkan oleh Tuhannya,Kerana menjadi sahabat-sahabatnya,Sahabat-sahabatnya laksana bintang-bintang dilangit,Rasul adalah bulan purnama,Hatinya tidak tidur sekalipun matanya tidur,Menunjukan hatinya sentiasa jaga,Sebab itulah kalau dia tidur tidak membatalkan wudhu’nya,Dia menghormati manusia sesuai dengan darjatnya,Sekalipun orang itu kafir,Kadang-kadang dibentangkan serbannya untuk tempat duduk tetamunyaKerana menghormati tetamunya,Dia tidak mengutuk dan melaknat makhluk Tuhan,Sekalipun binatang yang melata,Begitu juga tidak pernah melakukan kesalahan,Sekalipun menyalahi utama,Kalau dia melihat perempuan, matanya ditundukannya,Dia orang paling pemalu,Malunya kalah anak dara yang paling pemalu,Sebab itu seumur hidup dia tidak pernahMelihat kemaluannya dan kemaluan isterinya,Kalau dia lalu, tidak dibenarkan perempuan dihadapannya,Ibadahnya banyak, terutama diwaktu malam,Hingga bengkak-bengkak kakinya,Dia suka berkhidmat dengan isteri-isteri dan keluarga,Bukan diarah-arahkan oleh isteri-isterinya,Tapi dia buat dengan sukarela,Kerana mencari redha Tuhannya,Dia sebaik-baik suami,Tidak mampu orang lain membuatnya,Bahkan dia berkhidmat dengan musuhnya,Satu cerita yang menyayat hati kita,Seorang buta yang benci kepadanya.Rasul berkhidmat tanpa diketahuinya,Hingga sampai waktu wafatnya,Diganti oleh Saidina Abu Bakar untuk berkhidmat kepadanya,Tapi dirasakan olehnya ada kelainan dari sebelumnya,Kamu ni siapa?Saidina Abu Bakar berkata “Saya Abu BakarPengganti Rasul berkhidmat kepada kamu,Yang Rasul itu sudah wafat”Sibuta itu terkejut!Rupanya yang berkhidmat padanya orang yang palingdibenci,Kerana terkejutnya menjadikan dia mati,Tapi sempat dia mengucap dua kalimah syahadat,Islamlah dia,Kalau dia bersahabat atau berkawanMengutamakan kawannya,Bahkan berkhidmat kepada sahabatnya,Setiap orang yang bergaul, berpuas hati dengannya,Setiap orang merasa dia dihormatinya,Walaupun berbagai-bagai peringkat kedudukannya,Mari kita teruskan cerita tentang nabi kita,Supaya lebih terperinci lagiCerita dan beritanya,Dia manusia luarbiasa kekasih Tuhannya,Agar lebih nampak dia manusia istimewa,Dia tidak akan makan sebelum lapar,Dia akan berhenti sebelum kenyang,Tidak macam manusia biasa,Dia tidak suka makanan banyak jenis lauknya,Kalau dia suka kerana Tuhannya,Kalau dia marah pun kerana Tuhannya,Bukan kerana peribadinya,Dia wafat, boleh dikatakan tidak meninggalkan harta,Dia tidak meninggalkan sembahyang jemaah,Kecuali sekali saja didalam hidupnya,Iaitu waktu sakit hingga membawa wafatnya,Makan minumnya bukan diusahakannya,Tetapi setiap kali hendak makan, ada rezekinya,Tapi pengikutnya disuruh berusaha,Terutama yang ada keluarga,Dia tidak menerima upah,Lebih-lebih lagi meminta upah,Kerana usaha perjuangannya,Tetapi ulama dihari ini, memakan upahDari usaha dakwahnya,Seperti yang dibuat oleh kebanyakan ulama-ulama yangcinta dunia,Bahkan ada ulama yang meminta upah dari dakwah danpengajiannya,Takut dengan Tuhan ketara dimukanya,Dia beristerikan janda kaya, Khadijah namanya,Hartanya diserahkan habis kepadanya,Tetapi nabi korbankan harta itu semuanya,Dan nabi, kalau dia berkawan, sebaik-baik kawan,Kalau dia dirumah, sebaik-baik bapa,Kalau dia bersama isteri, sebaik-baik suami,Kalau dia memimpin, sebaik-baik pemimpin,Kalau dia bercakap lantang suaranya,Tegang urat marihnya,Kalau dia bercakap bak mutiara,Sangat berkesan pada jiwa orang yang mendengarnya,Kalau dia berucap atau berpidato,tidak ada gelak ketawa manusia yang mendengarnyaKerana manusia yang mendengar insaf dibuatnya,Tidak seperti ulama-ulama hari ini,Kalau mereka bercakap gelak ketawa orang yangmendengarnya,Kerana yang dicakapkan itu dari lidahnya,Bukan dari hatinya,Nabi kalau bercakap singkat-singkat sahaja, tidakmeleret,Tidak seperti kebanyakan manusia,Dia bercakap pendek sahaja,Tapi terhimpun berbagai-bagai ilmu didalamnya,Dikatakan oleh hadis ‘jawa miul kalim’Kata-katanya singkat tapi padat,Kata-katanya singkat tapi maksudnya luas,Kata-katanya singkat tapi puas dan menggetarkan jiwa,Tidak seperti orang lain bercakap berjela-jela, isinyatiada,Masa terbuang cakapnya tidak menggetarkan jiwa,Kita sambung lagi cerita nabi kita,Nabi tidak suka berjalan-jalan membuang masa,Juga tidak akan bercakap yang sia-sia,Sekalipun tidak berdosa,Kalau dia ketawa tidak berbunyi,Insafnya dapat dilihat dimukanya,Takutnya kepada Tuhan dimukanya ketara,Dia melahirkan kegembiraan bilaKawan-kawannya gembira,Dia melahirkan kesedihan diatas kesedihankawan-kawannya,Rasulullah mudah menangisKerana takuntukan Tuhannya,Rasulullah tahu Tuhan kasih kepadanya,Akhlaknya sungguh agung,Tuhan memujinya,Bahkan mengatakan dia yang paling bertaqwa dikalanganmanusiaSebelum dan sesudahnya,Seolah-olah dia tidak mendengar apa yang Tuhan kataterhadap dirinya,Tuhan berkata “Akhlaknya, sungguh agungnya,tidak ada siapa boleh menandinginya,tetapi dia tidak merasa bangga, dia tetap merasahamba”Dia tetap dapat mengekalkan rasa takut denganTuhannya,Rasa kehambaan sentiasa didalam hatinya,Bahkan tidak pernah putus daripada perasaannya,Soal Tuhan memujinya itu hak Tuhannya,Tapi dia tetap merasa hamba kepada Tuhannya,Tawadhu’ dengan Tuhannya, sentiasa ada,Sangat ketara, didalam hidupnya,Dia berpakaian jubah dan serban,Warna yang dia suka kebanyakannya putih dan hijau,Warna lain ada juga dipakainya,Tapi sekali sekala,Makan yang dia suka, susu dan tamar,Daging sebagai lauknya,Itulah penguat badannya,Demikianlah secara ringkasYang global tentang cerita nabi kita,Yang tidak disebut berusahalah untuk mempelajarinya,Didalam sejarah nabi kita ada dicerita,Mukjizat banyak berlaku ditangannya,Yang lahir dan yang batin,Yang besar ialah Al Quran dan Al Hadith,Yang kekal sampai keakhir zaman,Untuk pengajaran dan panduan kepada manusia,Demi keselamatan manusia dunia dan akhiratnya,Tetapi apa yang disebutkan ituSudah memada,Bagi orang yang tiada masa mengkajinya,Kalau peribadi seseorang itu dapat menggambarkanbayangan nabi kita,Orang itu boleh menjadi ikutan manusia,Kalau dia memimpin, Tuhan memberkatinya,Betapalah kalau dia pemimpin yang Tuhan janjikan buatmanusia,Tetapi apa yang berlaku diakhir zaman ini,Orang yang menceritakan nabi,Dia melupakan diri,Dia menceritakan memujikan nabi,Tapi dirinya tidak terpuji,Kerana itulah banyak cakap tidak memberi kesanSeseorang itu banyak cakap tidak menggambarkan sikapnabinya,Walaupun dia seorang pemimpin,Orang tidak suka mengikutnya,Lidahnya tidak masin,Dia berkata tidak mengkotanya,Bahkan orang yang mengata dan mencerca dibelakangnya,Bahkan anak isterinya tidak menghormatinya..............
Sekianlah adanya.

Puasa-puasa Sunat


PUASA-PUASA SUNAT




PUASA ISNIN DAN KHAMIS.
Dalil tentang sunat berpuasa pada setiap hari Isnin dan Khamis
Hadis Rasulullah s.a.w :
عن عائشة قالت كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يتحرى صوم الإثنين والخميس
(رواه الترميذي)
Maksudnya :
Daripada Aisyah r.a katanya : Adalah Rasulullah s.a.w bersungguh-sungguh dalam berpuasa pada hari isnin dan khamis.

PUASA 3 HARI DALAM SEBULAN.
Dalil tentang sunat berpuasa pada 3 hari setiap bulan
Hadis Rasulullah s.a.w :
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : أو صاني خليلي بصيام ثلاثة أيام من كل شهر وركعتين الضحى وأن أوتر قبل أنام .
(رواه البخاري ومسلم)
Maksudnya :
Daripada Abi Hurairah r.a katanya : Rasulullah telah berwasiat kepadaku tiga perkara, iaitu puasa tiga hari setiap bulan, sembahyang Dhuha dua rakaat dan sembahyang sebelum tidur.
Hadis Rasulullah s.a.w :
عن قتادة بن ملجان رضي الله عنه قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يأمرونا بصيام البيض ثلاث عشرة وأربع عشرة وخمس عشرة
(رواه الترميذي)
Maksudnya :
Daripada Qatadah bin Miljan r.a katanya : Adalah Rasulullah s.a.w menganjurkan kepada kami puasa pada hari-hari cerah (bulan purnama) iaitu 13, 14 dan 15 haribulan.

PUASA 6 HARI DALAM BULAN SYAWAL
Dalil dan kelebihan puasa ini.
Hadis yang diriwayatkan oleh Jabir r.a, Sabda Rasulullah s.a.w :
من صام رمضان ثم أتبعه ستا من شوال فكأنما صام الدهر .
(رواه أحمد )
Maksudnya :
Barang sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringi dengan enam hari daripada bulan Syawal, maka seolah-olah dia telah berpuasa sepanjang masa.

PUASA SUNAT PADA * ZULHIJJAH
Kaum muslimin disunatkan berpuasa pada hari ini disebabkan hari ini adalah hari yang dikenali sebagai hari Tarwiyah.

PUASA HARI ARAFAH
Dalil tentang puasa ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Qatadah, sabda Rasulullah s.a.w :
صوم يوم عرفة يكفر سنتين ماضية ومستقبلة وصوم يوم عاشوراء يكفر سنة ماضية
(رواه الجماعة إلا البخاري والترميذي)
Maksudnya :
Puasa hari arafah dapat menghapuskan dosa dua tahun yang telah lepas dan akan datang, dan puasa Assyura menghapuskan dosa setahun yang lepas.

PUASA SEPULUH HARI DI BULAN DHUHA
Kelebihan berpuasa di hari ini
Hadis daripada Ibu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
ما من أيام العمل الصالح فيها أحب إلى الله من هذه الأيام يعني أيام العشر قالوا : يا رسول الله ! ولا الجهاد في سبيل الله ؟ قال : ولا الجهاد في سبيل الله إلا رجل خرج بنفسه وماله فلم يرجع من ذلك شيء .
(رواه البخاري)
Maksudnya :
Tidak ada mana-mana hari-hari beramal padanya yang lebih disukai oleh Allah SWT. dari hari-hari ini iaitu hari kesepuluh daripada bulan Zulhijjah. Para sahabat bertanya : Ya Rasulullah ! walaupun jihad pada jalan Allah ? Sabda Rasulullah : Walau jihad pada jalan Allah kecuali seorang lelaki yang keluar dengan dirinya dan harta bendanya, kemudian tidak kembali selama-lamanya (Syahid).

PUASA HARI ASSYURA 10 MUHARRAM
Dalil tentang berpuasa pada hari ini ialah :
عن ابن عباس رضي الله عنهما أن رسول الله صلى الله عليه وسلم صام يوم عاشوراء وأمر بصيامه .
(متفق عليه)
Maksudnya :
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah berpuasa pada hari Assyura dan baginda menyuruh orang supaya berpuasa.
Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. r.a :
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : صوموا يوم عاشوراء ، وخالفوا فيه اليهود ، صوموا قبله يوما ، أو بعده يوما . وفي رواية : لئن بقيت إلى قابل لأصومن اليوم التاسع
Maksudnya :
Sabda Rasulullah s.a.w : Berpuasalah kamu pada hari ‘Asyura (10 Muharram), dan bezakan kamu dengan orang-orang yahudi (yang hanya berpuasa hari ke-10 Muharram sahaja), hendaklah kamu berpuasa sehari sebelumnya atau selepasnya.
Dan dalam riwayat lain : Dan sekiranya aku masih ada dikalangan kamu, nescaya aku akan berpuasa hari yang ke-9.

PUASA BULAN REJAB
Kelebihan berpuasa di bulan ini.
Sabda Rasulullah s.a.w :
إن في الجنة نهرا يقال له رجب أشد بياضا من اللبن وأحلى من العسل من صام يوما من رجب سقاه الله من ذلك النهر .
(رواه البخاري ومسلم)
Maksudnya :
Sesungguhnya di dalam Syurga terdapat satu sungai yang bernama Rejab, airnya terlebih putih daripada susu dan terlebih manis daripada madu ; barang sesiapa yang berpuasa sehari daripada bulan Rejab, maka Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai itu.

PUASA BULAN SYAABAN
Puasa di bulan ini merupakan sunnah Rasulullah s.a.w :
Hadis daripada Aisyah r.a. katanya :
ما رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم استكمل صيام شهر قط إلا شهر رمضان وما رأيته في شهر أكثر منه صياما في شعبان .
(رواه البخاري ومسلم)
Maksudnya :
Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w telah menyempurnak puasa selama sebulan penuh kecuali bulan Ramadhan, dan aku tidak pernah melihat Rasulullah telah berpuasa dalam sebulan lebih daripada puasa baginda pada bulan Sya’aban.