Sunday, January 31, 2010
Thursday, January 28, 2010
Mari Bertaranum
PENGENALAN SUARA
Suara adalah suatu getaran bunyi yang diproses oleh udara
dari paru-paru melalui selaput suara ke rongga-rongga mulut atau hidung yang akan
ditentukan bunyinya oleh alat pertuturan yang lain mengikut kehendak yang tertentu.
MENGENAL SIFAT-SIFAT SUARA
Ianya boleh di kategorikan kepada 4 jenis sifat :
1) Suara Terbaik : (Ianya mempunyai 11 sifat )
1
Ketepatan nada
7
Licin
2
Tinggi
8
Bersih
3
Rendah
9
Terang
4
Garau
10
Lantang
5
Lembut
11
Tajam
6
Manis
2) Suara Baik : ( Ianya mempunyai 10 sifat )
1
Ketepatan nada
7
Licin
2
Sederhana
8
Bersih
3
Rendah
9
Terang
4
Garau
10
Lantang
5
Lembut
11
-
6
Manis
3) Suara Kurang Baik : ( Ianya mempunyai 9 sifat )
1
Ketepatan nada
7
Licin
2
Tinggi
8
Bersih
3
Kecil
9
Terang
4
-
10
-
5
Lembut
11
Tajam
6
Manis
4) Suara Tidak Baik : ( Ianya mempunyai sifat-sifat berikut )
1
Sumbang
7
Pecah
2
Nipis
8
Parau
3
Lembab
9
Terketar-ketar
4
Lemah
10
Tengelam
5
Keras
11
Tersempit
6
Serak
12
Tercekik dan lain-lain
* Suara yang termasuk dalam kategori yang pertama,kedua dan ketiga adalah dikira istimewa dan senang untuk mempelajari taranum al-Quran
* Manakala suara yang termasuk dalam kategori yang keempat adalah dikira suara yang bermasaalah , ianya perlu diubahsuai dan diperbaiki dan memerlukan jangka masa yang agak panjang.
MENGENAL TOBAQAT ( طبقا ت ) SUARA
Dalam bidang taranum al-Quran , lazimnya digunakan 4 tobaqat suara sahaja :
1. Tobaqat pertama ( قرا ر ) : ianya berfungi di dada
2. Tobaqat kedua ( نوى ) : ianya berfungi pada tekak
3. Tobaqat ketiga ( جواب ) : ianya berfungi pada rongga hidung
4. Tobaqat keempat ( جواب الجواب ) : ianya berfungi pada rongga otak
* untuk lebih mantap lagi pelajar-pelajar hendaklah mempelajari sistem proses nada iaitu DO-RE-MI-FA-SO-LA-TI-DO , ianya berlaku pada tiap-tiap tobaqat suara.
PERANAN SUARA
Pelajar-pelajar haruslah mengetahui dengan lebih lanjut lagi peranan suara dalam
bidang bacaan al-Quran sebagaimana berikut :
1. Menentukan makhraj huruf dan sifatnya dengan betul
2. Menentukan nada dan irama
3. Menentukan seni bacaan / persembahan bacaan
4. Memelihara nikmat kurnian Allah
5. Memberikan penyesuaian dengan ragam ayat-ayat al-Quran
6. Memberikan penyesuaian dengan lahjah Arab
Taranum
Taranum (lagu ) ialah suatau ilmu atau suatu kaedah suara yang
dipelbagaikan bunyi mengikut prosesan nada , rentak dan irama yang tertentu,
untuk menambahkan keelokan seni bunyi sesuatu bacaan , khususnya bacaan al-
Quran.
CIRI-CIRI TARANNUM YANG MUKTABAR ( معتبر )
Pelajar-pelajar sekalian , setiap tarannum atau lagu pastinya tidak terpisah dari ciri-
ciri berikut :
Pertama : Nada ( iaitu tingkatan atau tekanan bunyi suara )
Kedua : Rentak ( iaitu pergerakan menghidupkan bunyi suara )
Ketiga : Irama ( iaitu alunan atau bentuk bunyi )
* Tegasnya sesuatu bunyi tanpa mengandungi ciri-ciri tersebut maka ianya tidak dikatakan tarannum
SEJARAH UMUM
Mengikut ahli sejarah taranum ( muzik ) bahawa asal-usul taranum adalah di
ilhamkan dari unsur-unsur berikut :
1. Bunyi-bunyian geseran kayu
2. Bunyi-bunyian tiupan angin
3. Bunyi-bunyian kicauan burung-burung
4. Bunyi-bunyian air yang mengalir
Ia kemudiannya telah digubah dan ditalhinkan oleh Profesor muzik atau
penyair untuk dijadikan berbagai irama taranum mengikut budaya bangsa masing-
masing. Mengikut catatan الشيخ محمد صالح فطاني iaitu pengarang
kitab القاري سراج, bahawa permodenan taranum ( muzik Arabi ) adalah
di import dari Yunani, iaitu seorang Profesor muzik bangsa Greek
بطلموس الحكم الفلسوفي kemudian dipanjangkan oleh pakar muzik
tempatan اسحاق بن ابراهيم الموصلي النديم
Mengikut catatan seorang penyair dan ahli sejarah bangsa Arab ابن عربي
bahawa bertaranum adalah budaya kepada masyarakat Arab yang silam,
sehingga di mana-mana dan bila-bila sahaja mereka berada sama ada ketika
bekerja, berjalan atau berehat mereka sentiasa mengalunkan taranum di
samping syair yang menjadi kebanggaan mereka.
Tetapi setelah munculnya agama Islam maka Rasulullah menggalakkan
( menyarankan) supaya mereka ( umat Islam ) menukarkan budaya tersebut kepada
budaya membaca al-Quran dengan bacaan yang lebih baik dan cantik agar disegani
dan dihormati oleh masyarakat
Bagaimana pelajar-pelajar mengenal taranum dan sejarahnya??
SEJARAH TARANUM AL-QURAN
Adalah difahamkan dari beberapa hadis sohih , bahawa sejarah taranum al-Quran itu
tentunya bermula dari sejarah nuzul al-Quran di Gua Hira` pada tahun 610 Masehi.
Di sana Rasulullah sendiri membaca al-Quran dengan baik , cantik dan elok.
Baginda pernah menyuruh umatnya supaya membaca al-Quran dengan bertaranum,
bertazyin dan bertahsin.
Rasulullah telah memuji Abu Musa al-Ashaari dalam sabdanya :
َلَََْقدْ أُعْطِيْتَ ِمزْمَارًا ِمْن َمَزاِمْيرِ آلِ َداوُودَ
"Sesungguhnya bertuah, engkau telah dianugerahkan Allah dengan mizmar (suara cantik) dari jenis mizmar keluarga nabi Daud".
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadis Riwayat Saidatina Aishah :
Katanya, "Pada suatu malam saya bersama Rasulullah mengintai dengar bacaan al-
Quran yang sungguh merdu dan cantik oleh sahabatnya سالم مولى أبي حزيفة
setelah selesai bacaan Salim itu Rasulullah segera bersyukur dan berdoa " puji-pujian
itu khusus bagi Allah, Tuhan yang menjadikan di kalangan umatku orang seperti ini
( Salim )".
Pemanjangan Budaya Taranum al-Quran :
Bertaranum ,bertahsin dan bertazyin al-Quran tersebut dipusakai dan dipanjangkan
oleh para sahabat seperti ابن مسعود , أبي بن كعب , سالم مولى أبي حزيفة ,
أبو موسى الأشعري kepada para tabie` yang bertanggungjawab untuk
menyampaikannya kepada para tabi` tabie` dan seterusnya.
Pengembangan danPengawalan Bacaan al-Quran :
Pengembangan dan pengawalan bacaan tersebut adalah dilaksanakan dengan lebih
berkesan dan lebih meluas oleh para tabien seperti :
* Di Kufah ( 62 H ) : علقمة بن قيس
*Di Mekkah ( 70 H ) : عبدالله بن السائب
*Di Kufah ( 73 H ) : أبو عبد الرحمن السملى
* Di Madinah (78 H ) : عبدالله بن عياس
* Dan lain-lain lagi
Ia kemudiannya diterima dan disebar meluas oleh para tabi` tabien seperti
عمر بن عبد العزيز, امام محمد بن ادريس الشافعي , termasuklah imam-imam
qiraat dan seterusnya para guru al-Quran dan para qari-qariah yang muktabar
sehingga ke zaman kini.
SIFAT-SIFAT BACAAN RASULULLAH
Untuk mengetahui sifat-sifat bacaan Rasulullah itu pelajar-pelajar , marilah sama-
sama kita renungkan kepada beberapa hadis sohih yang telah dikemukakan oleh para
sahabat sebagaimana berikut :
1) قال عبدالله بن مغفل :
"َرأَيْتُ النَِّبىَّ(ص) َيْقرَأُ، َوهُوَ عَلىَ نَاقَتِهِ، َوهِىَ َتسِيْرُ ِبهِ، َوهُوَ َيقْرَأُ سُوْرَةَ اْلفَتْحِ ِقرَاءَة ًلَيِّنَة ً يَقْرَأُ وَهُوَ يُرَجِّعُ."
(رواه البخارى )
Ertinya : Aku menyaksikan nabi Muhammad membaca al-Quran, sedangkan baginda di atas kenderaan untanya yang sedang maju berjalan, baginda membaca al-Quran surah Al-Fath sebagai bacaan yang paling lembut dalam bentuk bacaan tarji`
( melagukan al-Quran )
Huraian :
* Hadis ini menunjukkan bahawa Rasulullah merayakan kejayaan peperangannya
dengan mempersembahkan bacaan al-Quran yang sungguh indah dan menarik
* Kalimah قراءة لينة menunjukkan bahawa bacaan Rasulullah adalah paling
lembut,merdu dan mempesonakan.
* Kalimah وهو يرجع itu menunjukkan bahawa bacaan Rasulullah mempunyai
keindahan alunan dan lagu yang sempurna.
2) من حديث أم هانىء :
كُنْتُ أَسْمَعُ صَوْتَ النَّبِىِّ (صَ) وَهُوَ يَقْرَأُ، وَاَنَا نَائِمَة ٌعَلىَ ِفرَاشِىْ يُرَجِّعُ الْقُرءَانَ.
(رواه الترمذى واالنسائى وابن ماجه)
Ertinya : Aku dengar suara Nabi Muhammad membaca al-Quran , ketika itu aku sedang berbaring di atas katilku, baginda melagukan bacaan al-Quran
3) قال جبير بن مطعم :
سَمِعْتُ رَسُوْلَ الله ِ(ص) يَقْرَأ ُفِى الْمَغْرِبِ ِبالطُّوْرِ، فَمَا سَمِعْتُ اَحَدًا أَحْسَنُ صَوْتاً أَوْ قِرَاءَة ً مِنْهُ.
(رواه البخارى ومسلم)
Ertinya : Aku pernah dengar Rasulullah membaca سورة الطور ketika baginda sembahyang Maghrib , ya sungguh menarik bacaannya , tiada pernah ku dengar seorang pun yang lebih lunak suara bacaan daripadanya.
4) وقال البراء بن عازب
سَمِعْتُ رَسُوْلَ الله ِ(ص) يَقْرَأُ فِى العِشَآءِ وَالتِّيْنِ وَالزَّيْتُوْن،ِ فَمَا سَمِعْتُ أَحَدًًا أَحْسَنَ صَوْتاً مِنْهُ،
(رواه البخارى ومسلم)
Ertinya : Aku pernah dengar Nabi Muhammad membaca سورة التين ketika sembahyang Isyak , ya sungguh indah sekali bacaannya, tiada pernah ku dengar seorang pun yang lebih merdu bacaannya dari bacaan Rasulullah.
Ulasan hadis-hadis diatas :
Hadis yang pertama adalah menunjukkan bahawa Rasulullah melagukan al-Quran di
khalayak ramai ketika berada di medan perang dalam suasana gembira merayakan
kejayaan perjuangan.
Hadis kedua adalah menunjukkan bahawa Rasulullah melagukan bacaan al-
Quran ketika berehat di rumahnya dalam suasana keharmonian dan ketenangan jiwa.
Hadis ketiga dan keempat adalah menunjukkan bahawa Rasulullah melagukan al-
Quran ketika mengerjakan ibadat sembahyang dalam suasana ketawadu`an dan
keinsafan jiwa raganya.
Dengan ini nyatalah bahawa Rasulullah sentiasa membaca al-Quran dengan
baik dan merdu serta terpesona sesuai dengan al-Quran itu sebagai mukjizat
yang teragung.
Sifat bacaan Rasulullah itu adalah sebahagian dari uswah hasanah yang perlu
dicontohi dan diteladani oleh sesiapa sahaja yang mengakui dirinya sebagai
umat Islam.
Sifat bacaan Rasulullah amat sempurna, tertil, bertajwid, bertaranum, bertarji`,
bertahsin, bertazyin dan sebagainya.
Situasi baginda adalah digambarkan oleh hadis sohih yang tidak perlu
dipertikaikan lagi oleh sesiapa pun.
Dalil-Dalil dan Kelebihan Tarannum
Di antara hadis-hadis Rasulullah yang memberi penekanan kepada kelebihan
membaca al-Quran secara bertarannum ialah:
1. Sabda Rasulullah :
لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يَتَغَنَّ ِبالْقُرْءَانِ
(رواه البخارى)
Ertinya: Bukan dari kalangan kami mereka yang tidak mahu melagukan
dengan bacaan al-Quran.
2. Sabda Baginda lagi:
ِغنُّوْا بِالْقُرْأَنِ لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يَتَغَنَّ بِالقُرْأَنِ وَابْكُوُا فَإِنْ لَمْ تَبْكُوْا فَتَبَاكَوْا.
(رواه النساءى)
Ertinya: Hendaklah kamu melagukan dengan bacaan al-Quran itu, kerana
bukan dari kalangan kami mereka yang tidak mahu melagukan dengan bacaan al-
Quran dan menangislah, jika tidak mampu menangis, maka buatlah olok-olok
menangis.
Dalam hadis ini kalimah غنوا بالقرأنitu menunjukkan bahawa Rasulullah
sendiri memerintahkan ummatnya supaya melagukan al-Quran.
Dalam Hadis ini kalimah ليس منا من لم يتغن بالقرأن itu menunjukkan
bahawa Rasulullah sendiri mempertikaikan golongan umatnya yang tidak mahu
melagukan bacaan al-Quran. Sebaliknya mereka lebih suka melagukan syair,
mengagongkan bahasa sendiri dari keagungan al-Quran.
Kalimah فتباكوا itu menunjukkan bahawa Rasulullah menggalakkan lagu
bacaan al-Quran itu yang boleh membawa kepada kekhusyukan.
( lagu yang mempunyai sifat kelembutan sahaja yang boleh membawa kepada
kekhusyukan seperti lagu Soba,Jiharkah dan Nahwand )
3. Sabda Rasulullah
اقْرَؤُوا الْقُرْءَانَ بِلُحُوْنِ الْعَرَبِ وَاَصْوَاتِهَا وَإِيَّاكُمْ وَلُحُوْنَ اَهْلِ الْفِسْقِ وَاَهْلِ الْكِتَابَيْنِ........الحديث
(رواه الطبرانى والبيهقى)
Ertinya : Bacalah al-Quran itu dengan irama (lagu) Arab dan dengan suara
berlahjah Arab. Jangan sekali-kali kamu melagukan al-Quran itu dengan gaya ahli
fasik demikian juga dengan irama ahli gereja ( Kristian dan Yahudi )
Dalam hadis ini bahwa Rasulullah menyuruh umatnya melagukan al-Quran itu
dengan berpandukan irama dan suara yang berlahjah Arab, kerana al-Quran itu
berbahasa Arab yang sememangnya memerlukan budaya Arab.
Kalimah واياكم ولحون اهل الفسق ini menunujukkan bahawa Rasulullah
memberi amaran keras supaya jangan melagukan dengan unsur-unsur irama fasik
seperti apa yang dilagukan oleh biduan dan biduanita ( artis-artis) yang semata-mata
menghiburkan peminat dan mencari nama sahaja.
Kalimah واهل الكتابين itu menunujukkan bahawa amaran Rasulullah supaya
jangan terpengaruh dengan irama-irama yang berunsur pemujaan gereja , negara,
pembesar negeri dan sebagainya kerana perbuatan ini menghilangkan kemukjizatan
al-Quran.
HUKUM MELAGUKAN BACAAN AL- QURAN
Sunat sekiranya:
Dapat membangkitkan syiar islam.
Dapat menarik perhatian orang ramai kepada al-quran.
Dapat menarik minat terhadap pengajaran dan pembelajaran al-quran
Dapat melahirkan ketinggian mukjizat al-quran.
Dan sebagainya.
Harus sekiranya:
Tidak mencacatkan al-quran.
Tidak mengganggu ketenteraman awam.
Tidak menghalang ketenangan beribadah.
Tidak melahirkan fitnah.
Dan sebagainya.
Makruh sekiranya.
Mengganggu ketenteraman awam.
Menghalang ketenangan beribadah.
Melahirkan fitnah.
Menghilangkan khusyuk/ tadabbur.
Dan sebagainya.
Haram sekiranya:
Merosakkan keaslian al-quran.
Menjatuh atau menghinakan keutuhan al-quran.
Menghalang kemajuan atau ketinggian al-quran.
Menyeleweng matlamat kearah yang dilarang syara’.
Dan sebagainya.
Fardhu kifayah sekiranya:
Boleh mengurangkan kesalahan bacaan al-quran.
Boleh menambahkan keelokkan al-quran.
Boleh menghilangkan keraguan terhadap al-quran.
Boleh memantapkan kefahaman terhadap al-quran.
Dan sebagainya.
PERANAN TARANUM PADA BACAAN AL-QURAN
Seorang Qari itu tidak harus melupakan peranan taranum bil-Quran supaya
matlamatnya dapat dicapai dengan sepenuhnya.
Antara peranannya ialah:
1) Untuk mencapai tahap ketertilan yang sebenar. Allah taala berfirman : hendaklah
kamu membaca al-Quran dengan seberapa tartil yang termampu ( Muzammil : 4 )
2) Untuk memberi penghormatan kepada status al-Quran Rasulullah bersabda :
diturunkan al-Quran itu dengan penuh kebesaran dan keberkatan ( Riwayat muslim )
3) Untuk menambah kekhusyukan dan keinsafan, Allah taala berfirman : mereka
bersegera menundukkan muka sambil menanggis sedangkan al-Quran itu boleh
menambahkan kekhusyukkan dan keinsafan ( Al-Isra` : 109 )
4) Untuk mendapat rahmat.
Allah berfirman : bila-bila sahaja al-Quran di baca maka hendaklah diam untuk
memerhati dengar bacaannya semoga kamu dirahmati Allah ( al-A`araf 204 )
5) Untuk menambahkan seni al-Quran.
Rasulullah bersabda : Perelokkan bacaan al-Quran itu dengan keelokkan suara
kamu, sesungguhnya dengan suara yang elok sahaja mampu menambahkan keindahan
seni mukjizat al-Quran ( riwayat Nasaie dan Abu Daud )
* Ibn Abbas pernah menegaskan bahawa nabi Daud alaihissalam pernah membaca kitab Zaburnya denagn 70 lagu, untuk menyegar jiwa dan menarik minat setiap manusia dan binatang.
Setiap jiwa tidak akan berfungsi jika tidak diusik, pengusik jiwa yang berkesan ialah peranan taranum
ASAS TARANUM ARAB HIJAZI
Qari-qari Hijazi biasanya membaca al-Quran berdasarkan asas-asas taranumnya yang tersendiri, yang dirumuzkan dengan ungkapan kata-kata : بحمر د سج
( ب ) Singkatan nama lagu Banjakah بنجكة))
( ح ) Singkatan nama lagu Husaini (حسيني)
( م ) Singkatan nama lagu Mayyah (مية)
( ر ) Singkatan nama lagu Rukbi (ركبي)
( د ) Singkatan nama lagu Dukkah (دكة)
( س ) Singkatan nama lagu Sikah (سيكة)
( ج ) Singkatan nama lagu Jiharkah (جهركة)
ASAS TARANUM ARAB MISRI
Berdasar kepada kaedah yang disampaikan oleh فضيلة الشيخ طه الفشني
bahawa qari-qari mesir biasanya mereka membaca al-Quran tidak lari daripada asas-
asas taranum yang empat iaitu Bayati , Hijazi , Iraqi dan Rast.
Manakala lagu yang lain adalah sebagai cawangan sahaja seperti Husaini ,
Kurdi , Soba , Ajam , Nahwand , Sikah dan Jiharkah .
Demikianlah 12 lagu yang pernah diamalkan oleh qari-qari Mesir sebagai lagu
bacaan al-Quran. Manakala selebihnya adalah diamalkan untuk lagu-lagu qasidah dan
lagu muzik sahaja.
SUSUNAN TARANUM YANG POPULAR
Qari-qari dari Mesir masa kini telah mempopularkan bacaan al-Quran dengan
taranum yang disusun seperti berikut :
a) Bayati , Soba , Hijaz , dan Sikah
b) Bayati , Hijaz , Nahwand dan Rast
c) Bayati , Nahwand ,Rast dan Jiharkah
d) Bayati , Rast , Sikah dan Jiharkah
e) Bayati , Iraqi , Nahwand dan Rast
TAJUK
DEFINISI / HURAIAN
1
HARAKAT ( ( حركة
Gaya alunan lagu yang tersusun daripada beberapa Qit`ah dengan Mahattohnya yang tertentu
Harakat pertama : merupakan harakat permulaan yang perlu disesuaikan dengan harakat terakhir pada lagu sebelumnya.
Harakat kedua: Harakat yang memberi semangat kepada harakat yang berikutnya
Harakat ketiga : Harakat jawab ( harakat tinggi )
Harakat keempat:Harakat jawabul-jawab( harakat tertinggi )
Harakat kelima: Harakat menurun ( harakat persediaan )
Harakat keenam : Harakat penutup
2
MAHATTOH ( محطة )
Gaya penghujung ( perhentian ) kepada sesuatu harakat yang tertentu.
3
QIT`AH ( قطعة )
Gerak lagu yang paling pendek tanpa mahattoh yang tertentu
4
BURDAH ( بردة )
Bunga-bunga lagu atau getaran suara
Jenis-jenis Burdah :
a) Burdah asli
b) Burdah sina`ie
Perkataan bayati adalah dari bahasa Arab yang bererti rumah atau tempat kediaman.
Pada istilah ilmu taranum , ianya adalah nama bagi satu jenis alunan taranum yang
dipopularkan oleh qari-qari Arab terutama dari mesir.
Taranum bayati tersebut mula diperkenalkan di Tanah Melayu kira-kira
pada tahun 1940–an sehingga kini. Ianya amat terkenal sekali sehingga dianggap
sesuatu persembahan bacaan al-Quran itu belum lengkap dan sempurna jika tidak
dimasukkan taranum bayati.
MENGENAL SIFAT-SIFAT TARANUM BAYATI
Taranum bayati mempunyai sifat-sifatnya yang tersendiri di antaranya :
1. Mempunyai kelembutan di samping ketegasan
2. Mempunyai kesesuaian dengan tobaqat yang sederhana
3. Mempunyai unsur keharmonian dan ketenangan
4. Mempunyai kesesuaian dengan taranum pembukaan dan penutup
* mengenal sifat-sifat taranum tersebut adalah mustahak jika tidak tentunya sukar
* untuk mengawal dan menyusun harakat-harakatnya dengan baik dan mungkin kehilangan punca yang menyebabkan tersasul ke arah yang tidak diingini.
MEMAHAMI PERANAN TARANUM BAYATI
Taranum bayati mempunyai tugas dan peranannya yang tersendiri di antaranya :
1. Memantapkan persembahan bacaan
2. Menjadi taranum pembukaan dan penutup
3. Menjadi pengukuran kepada taranum yang akan dipersembahkan sesudahnya
4. Membawa kefasihan menyebut huruf-huruf al-Quran
5. Dapat melahirkan kemukjizatan al-Quran dari sudut bacaan.
Seseorang qari atau qariah yang tidak dapat menghayati peranan sesuatu taranum itu mungkin mesej yang hendak disampaikan tidak kesampaian kerana taranum itu sendiri adalah sebahagian daripada alat penyampaian al-Quran kepada masyarakat
Perkataan husaini adalah dari Bahasa Arab yang bererti kecantikan.
Pada istilah ilmu taranum ianya adalah nama bagi suatu jenis alunan taranum yang
dipopularkan oleh pakar taranum Hijazi. Sehingga sekarang ianya diubahsuai oleh
qari-qari Mesir sebagaimana yang kita hayati sekarang.
MENGENAL SIFAT-SIFAT TARANUM HUSAINI
Taranum husaini mempunyai sifat-sifatnya yang tersendiri :
1. Mempunyai pergerakan yang aktif dan bersemangat.
2. Mempunyai penyesuaian dengan tobaqat yang tinggi.
3. Mempunyai unsur ketenangan dan ketegasan.
4. Mempunyai unsur rangsangan dan galakan.
MEMAHAMI PERANAN TARANUM HUSAINI
Di antara tugas-tugas dan peranan taranum husaini adalah :
1. Memantapkan persembahan bacaan.
2. Merangsangkan taranum yang berikutnya.
3. Menghangatkan persembahan bacaan.
4. Memantapkan sebutan huruf-huruf al-Quran.
5. Melahirkan kemukjizatan al-Quran.
MENGENAL HARAKAT HUSAINI
1. Bersambung kepada harakat keempat dan kelima taranum Bayati.
2. Harakat Husaini diwuslah kan kepada harakat Bayati.
3. Harakat Husaini juga boleh dibaca dan disusun secara berasingan.
Tazkirah Mingguan SMAT 2010
TAZKIRAH MINGGUAN SMAT
KKQMAKDIS BIL :04/2010
ANTARA sifat kesempurnaan dan kemuliaan yang menyeluruh dalam Islam ialah ihsan. Ia adalah sifat kesempurnaan Allah yang sangat dituntut supaya dicontohi manusia sejagat.Sifat ini mendapat kedudukan tinggi dalam Islam.
"Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia pun mengerjakan kebaikan dan telah mengikuti agama Ibrahim yang lurus? Dan Allah mengambil Ibrahim menjadi kesayangan-Nya." (an-Nisa':125)Di dalamnya juga terkandung sifat kemuliaan yang asas seperti sifat rahmat, ikhlas, pengorbanan, teliti serta ada pengawasan dalam usaha dan amalan.Apa itu ihsan? Ihsan ialah sifat hati yang mempunyai daya penggerak untuk berkorban melakukan kebaikan zahir dan batin semata-mata untuk mendapat keredaan Allah.Istilah ini lebih mudah difahami sekiranya melalui perbandingan, misalnya antara sifat ihsan dan adil.Adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya dengan saksama sama ada pada perkara tersurat atau tersirat.Tabiat keadilan seperti diketahui adalah tegas, keras dan tepat dengan peraturan yang termaktub tanpa mengira perasaan belas dan simpati, suasana yang mempengaruhi suatu perbuatan atau kesalahan dilakukan.Keadilan adalah keperluan dalam kehidupan, kerana ia suatu cara penting bagi mengawal ketenteraman dan kesejahteraan.Tetapi, keadilan semata-mata tidak memadai, sebagai manusia kita tetap memerlukan sifat ihsan. Sifat ihsan Allah melimpahi dan mengatasi daripada sifat adil. Cuba lihat maksud ayat 58, dari surah al-Kahfi: "Dan Tuhanmulah yang maha pengampun lagi mempunyai rahmat. Jika Dia hendak mengazab mereka kerana perbuatannya, tentu Dia akan menyegerakan azab baginya, tetapi bagi mereka ada waktu yang tertentu (untuk mendapat azab) yang mereka sekali-kali tidak akan menemukan tempat berlindung daripadanya." Masyarakat yang dapat melaksanakan keadilan dalam lingkungan daya kemampuan manusia adalah masyarakat yang masih belum mencapai tahap kesejahteraan sempurna, kerana mereka menunaikan setakat had yang dituntut.Justeru, adalah suatu yang bersifat tabii bagi masyarakat yang ingin mencapai taraf kesejahteraan sempurna melaksanakan sifat ihsan, iaitu sifat yang melebihi adil.Dalam Islam ada tiga sikap yang semuanya diakui tetapi berlainan dari segi nilai akhlaknya, iaitu:1. Orang teraniaya dan dizalimi. Ia berhak mendapat pembelaan dan keadilan dengan mengenakan balasan setimpal ke atas pihak yang menganiayanya. Ini disifatkan sebagai adil.2. Orang teraniaya dan berhak mendapat keadilan, malah mampu untuk mengenakan balasan setimpal, namun tidak mahu mengambil tindakan terbabit, sebaliknya dengan kerelaan hati bersedia memaafkannya.Dengan memaafkan kesalahan terbabit, terlepaslah orang yang sepatutnya menerima hukuman yang adil atas kezalimannya. Tindakan ini termasuk dalam peringkat ihsan.Sifat ihsan jika diterima dengan penuh rasa insaf dan tanggungjawab dapat membuka jalan kebaikan yang lain seperti melepaskan banyak kesusahan kepada diri dan keluarga yang dimaafkan, memberikan peluang kepada yang salah untuk memperbaiki kesilapan dan menyuburkan sifat tolak ansur.3. Orang merasakan tidak memadai hanya dengan memberikan kemaafan, sekalipun sudah termasuk dalam golongan sifat ihsan.Tiga sifat itu disimpulkan dalam ayat al-Quran yang bermaksud: "Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa, maka sesiapa memaafkan dan berbuat baik, maka pahalanya atas (tanggungan) Allah. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang zalim." (as-Syuuraa:40)
Disusun oleh : Ustaz Asri bin Muda
PENYIMPANGAN dan masalah seksual, khusus di kalangan remaja semakin membimbangkan. Pergeseran kefahaman seperti dosa masing-masing tanggung, kubur masing-masing jaga, membuatkan masalah dosa dan zina sesuatu yang mula dipandang remeh.Penyimpangan seks, iaitu zina sesuatu yang amat keji dan mesti dihindari setiap Muslim sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "...dan janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu perbuatan yang sangat keji dan satu jalan yang sangat buruk."
Seks adalah satu anugerah Allah yang diberikan kepada manusia sebagai satu nikmat dan perhiasan kehidupan seperti juga binatang dan tumbuh-tumbuhan.Memang patut kalau manusia ghairah seks atau berasa hendak melampiaskan keinginan seksual itu. Allah tidak melarang manusia melampiaskan hawa nafsunya selama mana cara yang dihalalkan, pada saat yang tidak terlarang dengan ikatan perkahwinan yang sah.Nabi s.a.w seakan tidak mengaku umat terhadap mereka yang mempunyai kemampuan untuk berkahwin tetapi meninggalkannya.Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya berbunyi: "Sesiapa benci dan enggan menurut sunnahku (antaranya berkahwin), maka dia bukan dari kalanganku."Ikatan pernikahan adalah jalan yang halal dan diiktiraf syarak untuk melepaskan kemahuan seks. Ini bererti orang yang belum berkahwin jangan cuba-cuba melepaskan seksnya.Sebagai satu agama yang amat hebat, Islam menampilkan cara pengawalan yang sangat berkesan dalam mengatasi penyakit seksual, iaitu sebagaimana dalam firman Allah yang kita baca di atas, perkataan 'jangan kamu hampiri zina.' Kalau hampiri sudah dilarang dan ditegah, apatah lagi melakukannya. Menghampiri bermakna apa saja perbuatan yang menjadi penyebab, pendorong, keinginan dan sebagainya, adalah haram. Kalau ada pendorong mudah datang keinginan diulit bisikan syaitan sama merelakan pula, terjadilah perbuatan terkutuk yang saban hari kita lihat dan dengar iaitu remaja melahirkan anak luar nikah.Bayi yang tidak berdosa ditemui mati di timbunan sampah, dengan perut terburai dimakan sekumpulan anjing liar. Sudahlah berzina, amat jijik pula kezaliman terhadap bayi yang tidak tahu apa-apa.Oleh itu, pergaulan bebas, berdua-duaan, berpimpin tangan, rapat-merapati dan berhimpit di atas motosikal adalah faktor permulaan yang kuat mendorong ke arah penyimpangan seksual.Alam remaja adalah alam yang sangat mencabar sehingga disebut nabi dalam satu senarai orang kenamaan akhirat adalah remaja yang terselamat dan menyelamatkan diri daripada zina.Maksud hadis: "Lelaki yang apabila diajak perempuan cantik berzina lalu berkata, "sesungguhnya aku takut kepada Allah."Pendidikan seks menurut Barat amat berbeza dengan Islam, agama yang sangat suci ini. Masyarakat remaja Barat yang sangat bebas serta serba tidak terkawal itu hanya mengajar bagaimana mencegah supaya jangan berlaku kehamilan. Seks adalah hak peribadi yang tidak terlarang bagi mereka.Bagi mereka hamil di kalangan remaja berlaku kerana remaja tidak tahu mengenai seks selamat, bukannya hendak berfikir mengenai salahnya berzina itu.Pendidikan seks dalam Islam mendidik remaja bukan saja supaya tidak berzina tetapi juga supaya menjauhi sebab dan segala pendorong perzinaan.Sebab itu mendidik mengenai syurga neraka supaya umat Islam gerun terhadap ancaman neraka dan akhirnya menolak nikmat sementara supaya terselamat api neraka yang membakar selamanya.Langkah pencegahan menurut Islam ialah:
· Jaga pandangan mata dengan tidak melihat aurat jantina berlainan termasuk gambar serta filem pornografi.
· Tidak berdua-duaan lelaki dan wanita yang bukan mahram di tempat sunyi.
· Tidak bersentuhan kulit antara lelaki wanita termasuk bersalaman.
· Tidak bergaul bebas lelaki wanita tanpa batas.
KKQMAKDIS BIL : 02/2010
Keturunan Yakjuj, Makjuj
KISAH mengenai Bani Israel jelas dinyatakan di dalam al-Quran melalui pelbagai ayat dan surah. Banyak teks yang menerangkan perihal mereka, terutama membabitkan ajaran diperjuangkan nabi dan rasul di kalangan mereka.
KISAH mengenai Bani Israel jelas dinyatakan di dalam al-Quran melalui pelbagai ayat dan surah. Banyak teks yang menerangkan perihal mereka, terutama membabitkan ajaran diperjuangkan nabi dan rasul di kalangan mereka. "Wahai Bani Israel! Kenangkanlah nikmat-nikmat-Ku yang Aku telah kurniakan kepada kamu, dan (ingatlah) bahawasanya Aku telah melebihkan (nenek moyang) kamu (yang taat dahulu) atas orang (yang ada pada zamannya). (al-Baqarah:47)
Dalam kamus Inggeris orang Yahudi atau Israel dikenali sebagai Jew, dari istilah Perancis giu. Jew asalnya istilah Hebrew, merujuk kepada orang Yahudi, etnik dari Israel atau Hebrew (ahli kaum Semit Arab dan Yahudi). Bahasa Latin ringkasya bermaksud Judaean, dari perkataan Judah, iaitu nama kerajaan Judah dan satu suku kaum Israel.Jerman memanggilnya Jude, Juif (Perancis), Jode (Denmark) dan Judio (Sepanyol). Mengikut sejarah, Yahudi yang difahami merujuk dari zaman dahulu kala, malah mengikut adat mengembalikan kepada zaman millennium kedua Sebelum Masihi, dari Nabi Ibrahim, Nabi Ishak dan Yaakub a.s. Nabi Yaakub, putera kepada Nabi Ishak, yang dilahirkan di Kan'an (bahasa Hebrew, nama lama bagi Palestin), dinasabkan dengan keturunan Bani Israel dan baginda dinamakan juga Israel.Isra' membawa erti hamba, kesucian, manusia, manakala 'el' bererti Allah. Perkataan Israel merujuk kepada hamba kesucian Allah."Segala jenis makanan dulu halal bagi Bani Israel, kecuali makanan yang diharamkan oleh Israel (Nabi Yaakub) kepada dirinya sendiri sebelum diturunkan Kitab Taurat..." (Ali Imran: 93)Begitupun, dalam pemahaman moden, Yahudi merujuk kepada tiga kumpulan; orang yang dilahirkan dalam keluarga Yahudi sama ada mengikuti atau tidak agama itu; mereka yang mempunyai keturunan; dan tiada keturunan Yahudi tetapi memeluk agama itu.Fakta penyelidikan seorang sarjana Yahudi, Arthur Koestler, menunjukkan lebih daripada 80 peratus Yahudi hari ini langsung tidak mempunyai kaitan sejarah dengan bumi Palestin.Majoriti Yahudi sekarang berketurunan Yahudi Khazar iaitu puak Tartar-Turki kuno, di utara Kaukaz (kawasan bekas Soviet) yang asalnya mengamalkan kepercayaan Shamanisme. Cuma sekitar abad kesembilan menjadikan Judai (Yahudi) sebagai agama.Kemudian Khazar dianggap sebagai satu daripada empayar kegemilangan Yahudi manakala penduduk Khazar dipercayai menjadi antara moyang bangsa Yahudi moden ketika ini.Pendeta Benedictine, Christian dari Stavelot dalam bukunya yang ditulis pada abad kesembilan, "Expositio in Matthaeum Evangelistam' merujuk Khazar sebagai bangsa nomad yang berasal daripada keturunan Yakjuj dan Makjuj.Seorang pengembara Arab, Ibnu Fadlan dalam catatan perjalanannya ketika mengadakan misi diplomatik untuk menghadap orang suruhan Raja Khazar menyatakan beliau percaya Yakjuj dan Makjuj adalah moyang kepada Khazar.Berbanding bangsa Palestin, dikenali juga sebagai bangsa Kan'an yang diperakui mendiami tanah itu dari awal sejak sekian lama sebelum orang Israel mendatangi lokasi terbabit.Orang Yahudi moden berusaha menubuhkan Tanah Israel (Land of Israel), khususnya mereka berhaluan utama untuk dikongsi semua golongan terbabit.Istilah Tanah Israel bukannya negara Israel, iaitu sebuah negara geopolitik moden yang lebih kecil, tetapi ia dikatakan wilayah menurut Injil Hebrew dijanjikan Tuhan kepada pengikut Ibrahim melalui puteranya Isa dan orang Israel, pengikut Yaakub.Negara moden Israel hari ini terbentuk pada 14 Mei 1948. Peringkat awal pembentukannya menyaksikan perpindahan besar-besaran, termasuk saki baki Holocaust (pemusnahan oleh Nazi Jerman, 1941-1945 membabitkan korban enam juta Yahudi).Kerajaan Israel dikenali juga sebagai rejim Zionis, iaitu pergerakan politik antarabangsa yang menyokong tanah air orang Yahudi di Land of Israel. Pergerakan rasminya diasaskan seorang wartawan Austria, Theodor Herzl pada akhir kurun ke-19. Menurut Agensi Yahudi, pada 2007 ada 13.2 juta Yahudi seluruh dunia, dengan 5.3 juta tinggal di Israel, 5.3 juta di Amerika Syarikat dan bakinya bertaburan di pelbagai negara, mewakili 0.2 peratus populasi semasa dunia. Yahudi terkenal sebagai suatu bangsa yang mengingkari perintah Tuhan, golongan yang melampau dalam banyak aspek, keras kepala dan taksub. Teks al-Quran dan lipatan sejarah membuktikan kenyataan itu.Sebagai contoh, ketika pemergian Nabi Musa a.s selama 40 hari ke Thur Sina, sesetengah mereka menyembah patung anak lembu. Walaupun dinasihati, mereka tidak mempedulikannya. Kehidupan orang Yahudi terbahagi kepada beberapa zaman, dengan yang pertama berakhir apabila rumah ibadat pertama dimusnahkan orang Babylon. Rumah ibadat itu dibangunkan Nabi Sulaiman.Mereka ditakluki pelbagai kuasa besar, seperti orang Assyrians (dari bahagian atas Sungai Tigris di Iraq), Babylon, Parsi, Empayar Roman dan Islam. Cuma di bawah kekuasaan Islam mereka dilayan dengan adil.Di wilayah Iberia misalnya, pemerintahan Muslim memberi kebebasan kepada Yahudi memajukan diri dalam matematik, astronomi, falsafah, kimia dan filologi, sehingga zaman itu sering dirujuk sebagai zaman emas Yahudi.Pada masa awal Islam, Leon Poliakov menulis, orang Yahudi mendapat banyak keistimewaan dan masyarakat mereka bertambah maju. Dalam tempoh penaklukan pelbagai kuasa besar, mereka acap kali diusir, malah dijual dalam pengabdian pada masa Empayar Roman. Pada kurun kedua Maharaja Roman Hadrian membina semula Jerusalem yang hancur sebagai kota orang jahiliah dan dijadikan tempat upacara agama orang Yahudi. Marah dengan penghinaan itu, mereka memberontak. Hadrian bertindak balas, memadamkan pemberontakan dengan membunuh lebih setengah juta Yahudi. Kemudian pada zaman Roman Legions, orang Yahudi tidak dibenarkan memasuki kota Jerusalem (dikenali Muslim sebagai al-Quds atau Baitulmaqdis) dan kebanyakan ibadat mereka dilarang. Pada tahun 212, semua orang Yahudi dijadikan rakyat Roman. Pada akhir kurun empayar Rom, orang Yahudi dan Kristian mengamalkan tolak ansur, tetapi arah tuju yang bertentangan.Orang Yahudi pernah bersekutu dengan orang Parsi yang menceroboh Palestin pada 614, tetapi apabila perintah Kristian diasaskan semula akhirnya mereka disembelih dan dilupuskan dari Jerusalem.Ternyata mereka tidak pernah belajar daripada penaklukan, penghinaan dan pemusnahan dialami sepanjang sejarah, akibat suka membuat onar dan bersengketa.Hari ini mereka bersengketa pula dengan orang Islam, terutama rakyat Palestin.
Disusun oleh : Ustaz Asri bin Muda
KKQ SMAT
Bil : kkqmakdis :02/2010
MAAL HIJRAH: SUNTIKAN UNTUK KEUNGGULAN UMAT
Pada awal abad yang ketujuh Masehi, masyarakat dunia berada di pintu kehancuran. Kuasa dunia pada abad tersebut yang terdiri dari Kerajaan Empayar Rom (509SM-453M) dan Kerajaan Empayar Farsi (700SM-641M) telah menjunam jatuh akibat rebutan kuasa dan perpecahan di sana sini. Masyarakat Arab yang menghuni Semenanjung Tanah Arab lebih teruk menghadapi keruntuhan akibat daripada keruntuhan moral dan sifat taksub kepada kabilah dan puak. Dunia dalam bahaya kerana keadaan masyarakatnya tidak stabil lantaran kehilangan tonggak pegangan dan moral.
Allah Maha Adil dan Maha Penyayang kerana tidak membiarkan masyarakat manusia terus hancur dan musnah. Allah s.w.t mengutuskan seorang rasul-Nya yang terakhir iaitu Nabi Muhammad s.a.w.
Dalam mengimbau kembali peristiwa tersebut, Allah s.w.t menjelaskan dalam firman-Nya yang bermaksud:
(Ali ‘Imran:103)
Ayat tersebut antara lain menjelaskan bahawa keadaan manusia yang hampir-hampir rosak binasa dan akan menerima akibat yang lebih buruk di akhirat telah diselamatkan menerusi pengutusan rasul untuk memandu mereka ke jalan yang benar dan akhirnya mereka terselamat.
Bagi mengubah masyarakat supaya berada dalam keadaan selamat, Rasulullah s.a.w telah berhempas pulas mengorbankan segala apa yang ada dan ini diikuti pula oleh sahabat-sahabat baginda yang setia. Dalam tempoh 23 tahun, usaha tersebut dicurahkan oleh baginda dan akhirnya mencapai matlamat iaitu berjaya mengubah dan menyelamatkan masyarakat dunia dari kehancuran dan kerosakan.
Dalam sebuah hadith riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w membuat perbandingan tentang usahanya itu yang bermaksud:
'Antara aku dan kamu diumpamakan seperti seorang lelaki yang menyalakan api. Maka datanglah segala unggas dan binatang-binatang kecil yang berterbangan lalu jatuh ke dalamnya, sedangkan lelaki itu berusaha untuk menahan benda-benda tersebut dari jatuh ke dalamnya. Aku memegang dengan kuat ikatan pinggang kamu supaya tidak jatuh ke dalam api, sedangkan kamu terlepas dari peganganku.'
Hadith ini menggambarkan keadaan manusia yang menuju kepada kebinasaan sedangkan mereka tidak mengetahuinya. Manakala Rasulullah s.a.w pula berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan mereka agar terlepas dari kebinasaan itu. Akhirnya masyarakat Islam di Semenanjung Tanah Arab telah dapat mencabar kuasa dunia iaitu Rom dan Farsi seterusnya muncul selepas itu sebagai sebuah masyarakat yang mengambil alih kuasa dunia.
Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a berjaya mengubah masyarakat dari sudut kepercayaan, sikap, moral, cara berfikir dan segala-galanya, termasuk perubahan pengorbanan daripada tertumpu kepada sesama manusia kepada tertumpu kepada Allah. Masyarakat manusia berjaya dipindahkan dari dua keadaan yang perbezaannya sangat jauh.
Dalam menyusuri perkembangan sejarah, selepas kejayaan kali pertama maka masyarakat Islam mengharungi jatuh bangun dalam pentas pergolakan dunia dan ia berkait rapat dengan komitmen mereka terhadap agama Islam yang suci. Era kemalapan umat Islam kali terakhir berlaku pada awal abad ke-20. Sejak kejatuhan Khalifah Uthmaniah di Turki pada tahun 1924, masyarakat Islam semakin terumbang-ambing di gelanggang dunia. Kini masyarakat Islam masuk ke era kelemahan dan keruntuhan yang menyeluruh. Masyarakat Islam yang berpecah-pecah berdasarkan kawasan dan negara, menjadi sebuah masyarakat yang sentiasa dicabar dan dihina di mana-mana. Menjelang abad ke-21, masyarakat Islam diganyang di merata-rata seperti di Yugoslavia, Iraq, Palestin, Kosovo dan di seluruh pelosok dunia. Apa yang berlaku sekarang jelas sebagaimana yang diceritakan dalam sebuah hadith riwayat Abu Daud yang bermaksud:
'Hampir-hampir seluruh umat mengeliling kamu sepertimana orang-orang yang kelaparan mengelilingi hidangan mereka.' Ada yang bertanya, 'Apakah itu disebabkan bilangan kita kurang?' Nabi s.a.w menjawab: 'Bilangan kamu pada ketika itu ramai tetapi seperti buih. Allah mencabut dalam hati seteru kamu perasaan gerun terhadap kamu dan meletakkan perasaan al-wahn dalam hati kamu.' Ada yang bertanya: 'Apa al-wahn itu wahai Rasulullah?' Jawab Baginda: 'Cintakan dunia dan bencikan mati.'
Hadith ini jelas menunjukkan bahawa sampai suatu masa orang-orang Islam samalah seperti satu hidangan yang dikelilingi oleh sekumpulan orang yang lapar lagi gelojoh makan. Tiada sedikitpun perasaan bimbang dalam hati orang bukan Islam untuk melakukan apa sahaja yang disukai terhadap orang-orang Islam kerana mereka sangat lemah.
Ada bermacam-macam jawapan apabila ditanya sebab kelemahan masyarakat Islam sekarang. Ada yang berpendapat ia berpunca dari kelemahan politik dan perpecahan di kalangan masyarakat Islam. Ada yang berpendapat kerana kelemahan ekonomi, kelemahan pendidikan dan pencapaian ilmu ataupun kerana kelemahan dalam pencapaian sains dan teknologi. Ada yang memberikan alasan kerana kelemahan iman atau kerana tidak mengikut arahan agama dan bermacam-macam lagi.
Namun berdasarkan hadith itu tadi, jelas menunjukkan bahawa sebab kelemahan masyarakat Islam ialah hilangnya semangat berkorban dari dalam diri mereka. Umat Islam sudah tidak sanggup berkorban untuk tidak cintakan dunia atau berkorban untuk tidak takut mati. Mereka cintakan dunia sehingga sanggup memilihnya dengan membelakangkan kepentingan agama. Mereka juga takutkan mati apabila dituntut oleh agama bangun memperjuangkan sesuatu kebenaran. Inilah sifat-sifat negatif yang menjangkiti umat Islam.
Roh Ma’al Hijrah memerlukan setiap umat Islam berkorban untuk berpindah daripada bentuk negatif yang ada dalam diri mereka kepada bentuk-bentuk positif yang selaras dengan Islam. Berkorban ataupun jihad perlu tersemai di dalam jiwa masyarakat Islam sama ada dari sudut pengertian mahupun sikap.
Masyarakat Islam kini agak jauh terpesong dari landasan agamanya. Sebagai contoh, sungguhpun agama menuntut agar umatnya menuntut ilmu, tetapi kenyataan yang ada, sehingga kini sebahagian besar masyarakat Islam adalah buta huruf. Islam juga menuntut umatnya bersatu padu. Namun realiti masa kini umat Islamlah yang paling ramai berpecah belah. Demikianlah juga, Islam menuntut umatnya supaya rajin, berdisiplin dan menjaga masa tetapi orang Islamlah yang kurang berusaha, tidak berperaturan dan suka membuang masa.
Jika dilihat kepada dasar-dasar ajaran Islam itu sendiri, peluang orang Islam untuk maju dan mulia dalam dunia masa kini amatlah cerah. Ini kerana orang Islam mempunyai aset yang mencukupi dalam rangka untuk menempah kemajuan iaitu dorongan dari ajaran Islam dan aset material.
Aset galakan dan dorongan agama ini dapat dilihat dengan jelas di mana Islam sangat mementingkan ilmu dan mewajibkan ke atas setiap umatnya menuntut ilmu. Agama juga menuntut orang Islam sentiasa membina kekuatan dan kemuliaan. Kewajipan ini mendorong kuat umat Islam berusaha mencapai kekuatan dan kemuliaan pada setiap masa dan ketika. Ajaran Islam juga sangat mementingkan pegangan hidup yang mantap dan akhlak mulia. Islam juga mewajipkan umatnya menjalankan aktiviti kehidupan dengan bersih, ikhlas dan amanah.
Oleh itu, galakan-galakan seperti ini sangat penting dan menjadi modal yang besar kepada masyarakat Islam dalam mengembalikan keagungan dan kegemilangan zaman emas umat Islam.
Di samping itu, umat Islam memiliki aset material yang besar dan utama yang tidak dimiliki oleh kuasa kuffar. Petroleum, gas asli, bahan galian, sumber air, hasil hutan, bahan makanan, bilangan penganut dan banyak lagi adalah sumber kekuatan umat yang sentiasa menjadi bahan rebutan dan eksploitasi oleh golongan kuffar. Dengan adanya aset-aset tersebut dan manfaat secukupnya maka tidak mustahil masyarakat Islam menjadi satu masyarakat yang kuat dan maju sebagaimana yang pernah ditempa pada suatu ketika dahulu.
Perpindahan Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a dari kota Mekah ke Madinah dan sebelumnya perpindahan sesetengah sahabat dari Mekah ke Habsyah, merupakan pembinaan langkah baru sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus. Hijrah bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam. Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri.
Untuk terus maju dan mencapai kemuliaan, masyarakat Islam tidak boleh berpeluk tubuh dan hanya menyerah kepada takdir. Umat Islam dahulu telah berjihad secara habis-habisan, maka sebab itulah mereka berjaya meletakkan Islam di tempat yang mulia dan sepatutnya. Kini giliran kita memberi sumbangan kepada agama yang suci ini agar ia terus berkembang dan dihormati. Sesungguhnya bumi ini dan segala apa yang ada padanya adalah hak kepunyaan umat Islam. Di tangan orang Islamlah selayaknya ia harus ditadbirkan. Firman Allah s.w.t yang maksudnya:
'Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis dalam kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Luh Mahfuz, bahawasanya bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hamba-Ku yang soleh'
(al-Anbiya’:105)
Ayat tersebut menjelaskan kepada orang Islam tentang hak mereka mewarisi pentadbiran bumi ini, tetapi dengan syarat bahawa mereka terdiri dari golongan orang-orang yang soleh. Jika syarat tersebut luput, maka mereka tidak berhak apatah lagi layak mendapatkannya.
Bagi melepaskan diri dari kongkongan kelemahan dan kehinaan, maka umat Islam perlu melihat hijrah dalam pengertiannya yang luas iaitu perubahan diri menuju kepada kegemilangan di dunia dan di akhirat. Untuk itu maka langkah yang perlu diatur mestilah mengandungi kefahaman yang jelas dan gerak kerja yang teratur dan betul.
Perubahan ke arah kemajuan dan kemuliaan ummah bermula dengan pengisian kefahaman bahawa Islam adalah agama yang agung dan mulia maka umatnya juga jelas adalah umat yang agung dan mulia. Namun ia hanya dapat dicapai menerusi kekuatan spiritual, moral, fizikal, dan daya cipta serta kesatuan umat itu sendiri. Masyarakat Islam juga wajib memahami bahawa segala ilmu yang baik dan berfaedah kepada manusia adalah termasuk ke dalam ilmu yang disukai dan dituntut oleh Islam. Oleh itu, menuntut ilmu yang bermanfaat adalah satu kewajipan dan dikira berdosa mereka yang mengabaikannya. Masyarakat juga perlu memahami bahawa mereka merupakan pewaris yang sah kepada kepimpinan bumi ini. Tanpa pertunjuk dan panduan hidup dari Allah Tuhan semesta alam, mustahil kaum lain yang mensyirikkan Allah s.w.t layak mentadbir bumi yang diciptakan-Nya.
Di samping kefahaman, beberapa gerak kerja juga harus diatur oleh masyarakat Islam untuk tujuan kemajuan dan kemuliaan Islam iaitu menceburkan diri dalam pelbagai kajian dan penemuan dengan lebih kuat daripada masyarakat lain, asalkan ianya berfaedah dan tidak bercanggah dengan batas-batas syarak. Masyarakat Islam juga perlu bergerak dan bekerja secara terbuka tanpa terikat dengan kongkongan pemikiran yang sempit dan merugikan. Dan juga perlu menghidupkan dan menghayati semangat jihad iaitu bersungguh-sungguh dan berkorban dalam mencapai cita-cita murni yang bertepatan dengan Islam. Umat Islam tidak dapat tidak mesti memperkukuhkan tonggak kekuatan yang terdiri dari kekuatan akidah, fizikal dan material. Mereka juga perlu mempertingkatkan usaha melahirkan masyarakat yang soleh dan seimbang dari segi rohani dan jasmani kerana ia menjadi syarat mewarisi teraju kepimpinan bumi ini.
Masyarakat Islam yang kian pudar dan kian hilang kekuatan tidak boleh dibiarkan terus berada dalam keadaan seperti ini. Masyarakat Islam pada hakikatnya mempunyai aset dan sumber kekuatan yang perlu digerakkan dan dimanfaatkan demi kemajuan dan kemuliaan umat. Kita mampu berbuat demikian jika kita mahu kerana bekalan sudah tersedia. Jika generasi awal umat Islam boleh melakukannya maka mengapa kita tidak boleh. Sesungguhnya Ma’al Hijrah merupakan titik tolak yang paling sesuai ke arah itu.
Tarikh : 12 Januari 2010
Kelas Kemahiran Al-Quran
SMK Air Tawar
Kota Tinggi
Johor