Monday, May 3, 2010

Pengajaran daripada Kaum Nabi Luth

Kisah Kaum Nabi Luth yang Punah: Kota Sodom dilanda Mega Tsunami akibat Homoseks .
Dewasa ini ,kita telah menyaksikan kehancuran akibat tsunami yang 'kecil' . Terdapat banyak kejadian tsunami berlaku terutama di Jepun, Filipina, Indonesia, Hawaii dan Afrika.
Walau pun kecil, ianya membunuh berpuluh ribu nyawa pada setiap kejadian.Di dalam Al Quran di catitkan kejadian 'Mega' Tsunami yang dahsyat lalu menenggelamkan kaum Nabi Luth di kota Sodom dan Gomorah. .

Kaum Nabi Luth adalah kaum Homoseks dan lesbian yang minat seks sesama jenis. para lelakinya hanya berminat dengan upacara meliwat antara lelaki dan lelaki.
Sebelum mencermati sisa-sisa dari bencana ini, marilah kita lihat mengapa kaum Luth dihukum dengan cara seperti ini. Al Qur'an menceritakan bagaimana Luth memperingatkan kaumnya dan apa jawab mereka :

" Kaum Luth telah mendustakan rasul-nya, ketika saudara mereka Luth, berkata kepada mereka " Mengapa kamu tiidak bertaqwa?". Sesungguhnya aku adalah seorang rasul kepercayaan ( yang diutus ) kepadamu, maka bertaqwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku. Dan aku sekali-kali tidak minta upah kepadamu atas ajakan itu; upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam. Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki diantara manusia, dan kamu tinggalkan istri-istri yang dijadikan Tuhanmu untukmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas. Mereka menjawab " Hai Luth, sesungguhnya jika kamu tidak berhenti, benar-benar kamu termasuk orang yang diusir". Luth berkata " Sesungguhnya aku sangat benci kepada perbuatanmu ". ( QS Asy-Syu"ara" 160-168 ).

" Dan ( Kami juga telah mengutus ) Luth ( kepada kaumnya ). (Ingatlah ) tatkala dia berkata kepada mereka :" Mengapa kamu mengerjakan perbuatan faahisyah itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorangpun (didunia ini) sebelummu?". Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melampiaskan nafsumu ( kepada mereka), bukanka kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas. Jawab kaumnya tidak lain hanya mengatakan :" Usirlah merkea ( Lut dan pengikut-pengikutnya) dari kotamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berpura-pura mensucikan diri ."(QS Al A'raaf 80-82).

Kemudian Allah telah mengutuskan dua malaikat untuk menyamar menjadi lelaki tampan dan menjadi tetamu Nabi Luth. Penduduk setempat di Kota Sodom yang gemar dengan lelaki jambu dan dubur telah mendesak agar Nabi Luth menyerahkan lelaki itu kepada mereka walau pun Nabi Luth menawarkan dua orang putrinya yang cantik untuk dikahwini.

Nabi Luth amat malu dengan tetamunya tetapi baginda tidak tahu bahawa tetamu baginda sebenarnya adalah malaikat. Nabi Luth diperintahkan oleh Allah untuk membawa kaumnya supaya bertaqwa tetapi mereka berdegil dan terus menerus melakukan aktiviti Homoseks.
Aktiviti Homoseks di situ adalah norma norma kehidupan seolah olah seperti makanan ruji mereka. Maka Allah pun memerintahkan supaya Nabi Luth meninggalkan Kota Sodom dan membawa dengannya sekali mereka yang patuh. Isteri Nabi Luth bagaimana pun terpengaruh dengan Penduduk Kota Sodom. Allah kemudian menurunkan balanya. Kota Sodom yang berada di tepi Laut Mati (Danau Luth) yang terbentang memanjang di antara perbatasan Israel-Yordania. Dengan sebuah gempa yang dahsyat dan tanah menjadi merekah, Kota Sodom yang berada di puncak bukit tenggelam ke dasar tanah. Hujan batu api (letusan lava) kemudian menghentam kota tersebut. Bencana diikuti dengan ombak laut tsunami yang besar sehinggakan Kota Sodom di telan oleh laut Mati. Maka habis kaum Nabi Luth punah akibat kebejatan otak mereka.Mengikut pakar arkeologi, bencana itu terjadi di daerah Lembah Siddim, yang di dalamnya terdapat Kota Sodom dan Gomorah, merupakan titik bertemunya dua lempengan kerak bumi yang bergerak berlawanan arah. Patahan itu bermula dari tepi Gunung Taurus, memanjang ke pantai selatan Laut Mati dan melewati Gurun Arabia ke Teluk Aqaba dan terus melintasi Laut Merah, hingga berakhir di Afrika. Dua lempengan kerak bumi ini bergeser di daerah patahan maka akan menimbulkan gempa bumi dahsyat yang diikuti dengan letusan lava dan diakhiri dengan tsunami (gelombang laut yang sangat besar) yang menyapu kawasan pesisir pantai.Begitulah azab yang di turunkan oleh Allah kepada kaum Nabi Luth akibat aktiviti main dubur mereka yang sangat berleluasa. Hari ini, Allah telah menurunkan Bala Tsunami walau pun dalam bentuk yang kecil tapi ianya adalah ingatan kepada bala yang lebih besar jika kita terus menerus mengiyakan aktiviti Homoseks. hari ini, aktiviti homoseks dan gay di seluruh dunia adalah aktiviti hak asasi dan demokrasi. Ianya juga amat amat berleluasa. Ianya sudah sampai kepada satu tahap di mana menjadi gay adalah 'OK'.

Ada negara yang ingin dibenarkan untuk mengahwini lelaki sesama jenis. Terdapat kumpulan NGO yang memanggil diri mereka Gay Rights Organization. Di negara kita, terdapat biseksual yang disembah seperti tuhan dan ingin pula dijadikan pemimpin negara. Allah sudah memberi peringatan awal. Kembalilah ke pangkal jalan sebelum ianya betul betul sudah terlewat.

Disusun oleh :
Ustaz Asri bin Muda
KKQ SMAT

Sunday, May 2, 2010

Remaja Muslimah Khazanah Ummah


1.Menundukkan pandanganALLAH memerintahkan kaum lelaki untukmenundukkan pandangannya, sebagaimana firman-NYA; Katakanlah kepada laki-laki yangberiman: Hendaklah mereka menahanpandangannya dan memelihara kemaluannya. (an-Nuur: 30)Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepadakaum wanita beriman, ALLAH berfirman;Dankatakanlah kepada wanita yangberiman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an-Nuur: 31)
2.Menutup Aurat;ALLAH berfirman dan jangan lah merekamennampakkan perhiasannya, kecuali yang biasanampak daripadanya. Dan hendaklah merekamelabuhkan kain tudung ke dadanya. (an-Nuur: 31)Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepadaisteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah merekamelabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.Yang demikian itu supaya mereka lebih mudahdikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. DanALLAH adalah Maha Pengampun lagi MahaPenyayang. (an-Nuur: 59).Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semuajenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri .a. berkata:Rasulullah SAW bersabda:Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga denganwanita jangan melihat aurat wanita.
3.Adanya pembatas antara lelakidengan wanita;Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yangberbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabirpembatas.Sebagaimana firman-NYA:Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita)maka mintalah dari balik hijab. (al-Ahzaab: 53)
4.Tidak berdua-duaan Di Antara LelakiDan Perempuan;Dari Ibnu Abbas .a. berkata: Saya mendengarRasulullah SAW bersabda:Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanitakecuali bersama mahramnya. (Hadis RiwayatBukhari & Muslim)Dari Jabir bin Samurah berkata;Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalianberdua-duan dengan seorang wanita, keranasyaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis RiwayatAhmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)
5.Tidak Melunakkan Ucapan(Percakapan):Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannyaketika berbicara selain kepada suaminya. FirmanALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekaliantidaklah seperti wanita yang lain, jika kamubertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalamberbicara (berkata-kata yang menggoda) sehinggaberkeinginan orang yang ada penyakit di dalamhatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataanyang baik. (al-Ahzaab: 32)Berkata Imam Ibnu Kathir;Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada paraisteri Rasulullah SAW serta kepada para wanitamukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalauberbicara dengan orang lain tanpa suara merdu,dalam pengertian janganlah seorang wanitaberbicara dengan orang lain sebagaimana diaberbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir3/350)
6.Tidak Menyentuh Kaum BerlawananJenis;Dari Maqil bin Yasar .a. berkata;Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itumasih lebih baik daripada menyentuh kaum wanitayang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan RiwayatThabrani dalam Mujam Kabir)Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah;Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halalbaginya. (Ash-Shohihah 1/44 Rasulullah SAWtidak pernah menyentuh wanita meskipun dalamsaat-saat penting seperti membaiat dan lain-lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH,tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tanganwanita sama sekali meskipun saat membaiat.(Hadis Riwayat Bukhari)Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanitaselain mahram, yang mana apabila seseorangmelanggar semuanya atau sebahagiannya sajaakan menjadi dosa zina baginya, sebagaimanasabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah .a. dariRasulullah SAW bersabda:Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannyadari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina matadengan memandang, zina lisan dengan berbicara,sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan, lalu farji yang akan membenarkan ataumendustakan semuanya. (Hadis Riwayat Bukhari,Muslim & Abu Daud)Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatanzina dan segala sesuatu yang boleh mendekatikepada perbuatan zina. Sebagaimana Firman-NYA; Dan janganlah kamu mendekati zina,sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatanyang keji dan jalan yang buruk. (al-Isra: 32)
Di susun oleh ustaz asri bin muda

Saturday, May 1, 2010

Riadah di tuntut di dalam Islam ( Kejohanan Ping Pong MSSM) 2010
























































Majlis Perpisahan Tuan Hj Abdul Ghani
















Kelas Al-Quran Untuk Guru Smat 2010
















Perkahwinan Dalam Islam





































Dalam Islam, perkahwinan adalah suatu ibadat dan sunnah Rasulullah s.a.w. yang merupakan perlaksanaan terhadap tuntutan fitrah manusia.Orang yang berkahwin akan dapat mengatur suatu kehidupan yang baik, sempurna, dan penuh bertanggungjawab.

Mereka ini adalah golongan yang berjaya melaksanakan amanah yang diberi, iaitu sebagai khalifah Allah yang mempertahankan peradaban dan tamadun manusia.Orang berkahwin bertanggungjawab secara keseluruhannya terhadap rumah tangga dan ahli keluarga. Segala perbuatan yang dilakukan demi kesejahteraan dan kebahagiaan keluarga mendapat pahala daripada Allah. Perkahwinan merupakan suatu sunnah Rasulullah s.a.w bagi meneruskan dakwahnya mengatasi masalah sosial dalam masyarakat, mewujudkan perpaduan di kalangan umat Islam untuk melahirkan generasi yang soleh
Sabda Rasulullah s.a.w
Daripada Anas r.a, katanya telah bersabda nabi S.A.W bahawa perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku.
Allah S.W.T menjadikan manusia dengan fitrahnya yang ingin hidup berpasang-pasangan, berkasih-sayang, bahagia, dan dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara yang halal. Fitrah tersebut dapat dilaksanakan melalui ikatan perkahwinan yang sah.